Wednesday, 15 July 2015

Jadual & Tambang Tiket ETS KL-Padang Besar


Kekerapan:
2 kali Perjalanan Sehari

Tempoh perjalanan :
Kuala Lumpur ke Padang Besar akan melalui 28 stesen yang mengambil masa 4 jam 45 minit.

Jadual :
Bermula 9.30 pagi di stesen KL Sentral - Padang Besar
Dari Padang Besar - KL pada jam 5 petang

Harga Tiket :
RM80 Dewasa (sehala)
RM40 Kanak-kanak (sehala)

Tempah sekarang : https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx 


Bilangan hentian ;
15 Hentian


Tren Ipoh - Butterworth:


Harga tiket Ipoh-Butterworth :



Pusat Panggilan KTMB 1300-88-KTMB (5862)
Website : http://www.ktmb.com.my/


Operasi ETS lancar dan selesa TV1
https://www.youtube.com/watch?v=OAtroFLZ7vc&feature=youtu.be 

ETS KL-Padang Besar Berhenti Di 15 Stesen Bermula Julai 10 Julai 2015

Photo credit : Berita Harian

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur yang bermula hari ini akan berhenti di 15 hentian.

Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan hari ini berkata 15 hentian itu ialah KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Star, Arau dan Padang Besar.

Kenyataan itu berkata harga tiket sehala dari Kuala Lumpur-Padang Besar atau Padang Besar-Kuala Lumpur ialah RM80.

Tren dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, akan berlepas pada pukul 9.30 pagi dan tiba pada pukul 3 petang manakala dari Padang Besar ke Kuala Lumpur pada pukul 4 petang dan tiba pada 9.15 malam.

Bagi perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh-Butterworth-Padang Besar dan sebaliknya yang telah bermula pada 10 Julai lepas akan berhenti di kesemua 24 stesen.

Sepuluh stesen hentian baharu diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.

Tiket tren Ipoh ke Butterworth adalah RM23 manakala Butterworth ke Padang Besar adalah RM21.

Waktu laluan Ipoh-Butterworth adalah 5 pagi dan tiba 6.50 pagi, Butterworth -Padang Besar (7.30 pagi-9.15 pagi), Padang Besar-Butterworth (2 petang-3.45 petang) dan Butterworth-Ipoh (5 petang-6.50 petang).

Buat permulaan, KTM Berhad hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi kedua-dua perkhidmatan ETS dan kekerapan tren akan ditambah apabila tren-tren ETS yang baharu mula beroperasi.

Para penumpang boleh mula membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini dan sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan di talian 1-300-88-5862.

-- BERNAMA

Senarai R&R Utama

Ada 24 R&R utama melalui PLUS Expressways.

Northbound

Rest and Service AreaLocation
GurunKM 81.1
Gunung SemanggolKM 196.0
Sungai PerakKM 249.3
TapahKM 332.3
RawangKM 440.0
DengkilKM 23.5
SerembanKM 272.2
Ayer KerohKM 205.1
PagohKM 146.6
MachapKM 74.6
Gelang PatahKM 5.7

Southbound

Rest and Service AreaLocation
GurunKM 80.6
Gunung SemanggolKM 194.6
Sungai PerakKM 249.3
TapahKM 331.2
Ulu BernamKM 398.8
DengkilKM 23.1
SerembanKM 274.4
Ayer KerohKM 209.9
PagohKM 135.5
MachapKM 74.7
Gelang PatahKM 4.9
 




Source : www.plus.com.my









PLUS OFFERS TOLL REBATE UP TO 50 PERCENT FOR HARI RAYA


PLUS will be offering toll rebates up to 50 percent to the public paying toll electronically for the Hari Raya Aidilfitri holidays.
PLUS Malaysia Berhad Managing Director, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid said, “The toll rebate will be given to Class 1 Vehicle users paying toll electronically on Off-Peak Days on 13, 14, 15, 21, 22 and 23 July in conjunction with the Hari Raya. The rebate is given to those travelling more than 100 kilometres on the PLUS highways.”
According to Noorizah, a 50 percent toll rebate will be given to highway users paying toll electronically via PLUSMiles and Touch ‘n Go card or SmartTAGs on 13 and 23 July. A 40 percent toll rebate will be given to electronic toll paying users on 14 and 22 July. Meanwhile, a 30 percent toll rebate will be given to highway users paying toll electronically on 15 and 21 July.
The rebate is part of an initiative to distribute the traffic and to encourage the public to travel on Off-Peak Days. It is also an effort to reward the highway users and the public.
PLUS has also finalised other approaches and strategies to help the public enjoy smoother travel on the highways during the upcoming festive season. This includes the issuance to the Travel Time Advisory (TTA) and others.
“Details of these initiatives will be issued to the media at a special media briefing and conference,” Noorizah said.
For details, please contact PLUSLine at 1800 88 0000.

PLUS TAWAR REBAT TOL SEHINGGA 50 PERATUS SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
PLUS menawarkan rebat tol sehingga 50 peratus kepada orang ramai yang membayar tol secara elektronik di lebuh raya PLUS pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid berkata, “Rebat tol tersebut ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada Hari-Hari Bukan Puncak iaitu 13, 14, 15, 21, 22 dan 23 Julai bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ia boleh dinikmati oleh pengguna yang menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jarak jauh iaitu melebihi 100 kilometer pada hari-hari tersebut.”
Menurut Noorizah, rebat tol sebanyak 50 peratus diberikan kepada orang ramai yang membayar tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG pada 13 dan 23 Julai. Manakala rebat tol sebanyak 40 peratus pula diberikan untuk pembayaran tol secara elektronik pada 14 dan 22 Julai. Sementara itu, rebat tol 30 peratus pula diberikan kepada orang ramai membayar tol secara elektronik pada 15 dan 21 Julai akan datang.
Pemberian rebat tol ini adalah salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai bergerak pulang ke kampung sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kembali ke bandar selepas berhari raya pada Hari-hari Bukan Puncak. Ia juga merupakan penghargaan kami kepada orang ramai yang terus menyokong perkhidmatan rangkaian lebuh raya kami.
PLUS akan turut mengambil pelbagai langkah lain untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa pada musim perayaan yang akan datang. Ia termasuklah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan lain-lain lagi.
“Butiran lanjut berhubung strategi-strategi syarikat ini menghadapi pertambahan trafik akan dihebahkan kepada media pada satu taklimat dan sidang media khas,” tambah Noorizah.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800 88 0000.